Setiap pasangan yang bercinta baik lelaki mahupun wanita pasti ingin mengetahui bukti bahawa si dia benar-benar menyayangi dan mencintai diri anda. Jika dia benar-benar sayang dan cintai anda itu tandanya si dia serius dengan hubungan bersama anda.
Bukti sayang atau cinta ini bukanlah seperti yang ramai bayangkan iaitu dengan menyerahkan segala-galanya adalah bukti kepada sayang dan cinta. Anda silap. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk si dia membuktikan rasa sayang dan cintanya pada diri anda.
Berikut adalah lima bukti bahawa si dia sayangkan anda
Pertama : Dia luahkan kata sayang dan cinta pada anda
Setiap kali dia ada kesempatan untuk luahkan rasa sayang, dia akan lakukannya. Dia tidak luahkan secara berpura – pura. Sebaliknya luahan itu datang dari hatinya yang ikhlas.
Kedua : Dia luangkan masa untuk bersama dengan anda
Dia sayangkan anda jika dia sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan anda. Kadangkala, dia sanggup mengorbankan masa berharga dia untuk bersama dengan anda. Dia juga rasa bahagia jika dapat meluangkan masa bersama dengan anda.
Ketiga : Dia selalu tolong anda
Apabila dia selalu menolong anda, dia sememangnya sayang akan diri anda. Kangakala , hal yang kecil pun dia sanggup turun padang dan tolong anda.
Keempat : Selalu tanya khabar
Jika dia selalu sms dan telefon bertanyakan khabar pada anda, dia memang sayang pada anda. Selalunya dia akan kerap bertanya mengenal hal–hal anda kerana dia ambil berat.
Jadi tidak susah bukan untuk kita ketahui bukti bahawa si dia sayangkan kita? Oleh itu nilailah pasangan anda itu sama ada dia betul-betul sayangkan anda ataupun tidak. Ianya terpulang pada anda.
No comments:
Post a Comment